Tahniah! Pelakon Ayu Raudhah selamat bersalin anak kelima

Sejak berkahwin dan mempunyai cahaya mata, pelakon Ayu Raudhah secara  tidak langsung memperlahankan kariernya dalam industri seni dan lebih memilih untuk menghabiskan masa di rumah dengan menjaga anak-anaknya serta keluarga.

Namun itu tidak bermakna dia terus menyepi sebaliknya dia masih lagi berkongsi aktiviti hariannya di laman Instagram buat peminat-peminatnya yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.

Ayu Raudhah selamat bersalin

Terbaharu, suami kepada pelakon tersebut iaitu Zaqwan Adha mengumumkan bahawa isterinya telahpun selamat melahirkan anak mereka yang kelima menerusi perkongsiannya di Story Instagram semalam.

Tidak berselindung, Zaqwan turut mendedahkan jantina bayinya yang mana mereka dikurnikan anak lelaki sekali lagi selain mengkhabarkan bahawa anak dan ibu kedua-duanya sihat dan selamat.

Untuk makluman, Ayu Raudhah telah mendirikan rumah tangga bersama dengan salah seorang pemain bola sepak pada tahun 2011 dan telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Moga dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata kelima ini menjadi penyeri dalam keluarga Ayu dan Zaqwan selepas ini. Tahniah diucapkan buat kedua-duanya atas khabar gembira ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen