"Saya bakal berkahwin tak lama lagi..." -Haqiem Rusli

Pelantun kepada lagu Tergantung Sepi iaitu Haqiem Rusli membuat kejutan buat para peminat dalam IG live-nya jam 2 pagi semalam mengkhabarkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

Jarang terpalit dengan kontroversi yang membabitkan percintaan, siapa sangka rupanya sudah dua tahun mereka berkenalan dan akhirnya memilih untuk disatukan tidak lama lagi

Usai mengumumkan khabar gembira itu, Haqiem langsung memuat naik kenyataan di laman Twitter meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang kebanyakannya menyokong penuh keputusan dia untuk berkahwin.

 

Identiti bakal isteri dirahsiakan

Mengulas lanjut perkara tersebut, Haqiem memilih untuk merahsikan identiti bakal isterinya dan akan mendedahkannya pada hari berlangsungnya majlis perkahwinan  mereka.

"Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti."

"Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwinan tidak lama lagi dan selebihnya saya akan kongsi kelak."

-Haqiem Rusli-

Tarikh tetap masih belum diketahui

Bagaimanapun, tambahnya lagi setakat ini tarikh yang tepat masih belum diketahui lagi dan apa yang dia boleh kongsikan hanyalah dengan memberi bayangan bahawa ianya akan berlangsung pada hujung tahun ini.

"Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan rumah masjid ini. Tetapi saya percaya perkara baik tak boleh disembunyikan."

"Cuma mahu belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung hujung tahun ini. Jujurnya  saya pun sudah menghadiri kursus kahwin tahun lalu."

-Haqiem Rusli-

Tiada angin tiada ribut, khabar itu nyata memberi kejutan besar buat peminat terutamanya kerana rata-ratanya tidak menyangka penyanyi kegemaran mereka bakal bergelar suami tidak lama lagi.

'Tak sempat join Live'

'Siapa perempuan bertuah tu?'

 

'Moga semuanya dipermudahkan'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen