"Hanya untuk simpanan, tiada niat 'upload'..." -Pengurus akaun media sosial Datin Kartini mohon maaf

Satu demi satu kebenaran telah dirungkai oleh wargamaya selepas kontroversi yang melanda usahawan Datin Noor Kartini setelah beliau menafikan muat naik komen sensitif di story Instagram kepada Sultan Johor semalam.

Pengurus akaun media sosial mohon maaf

Terbaharu, memetik laporan Kosmo individu yang bertanggungjawab menguruskan akaun media sosial ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tangkap layar yang tular semalam.

Permohonan maaf itu telah dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli di Instagram miliknya. Dia turut memaklumkan bahawa itu merupakan kesilapan dirinya kerana tersilap memuat naik tangkap layar sekaligus menjelaskan perkara sebenar.

"Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik dalam Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya."

"Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun beliau sendiri."

-Zulshafiqah-

Selain itu, wanita terbabit turut menyatakan permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar termasuk seluruh Kerabat Diraja Johor.

Janji tak ulangi kesilapan

Susulan kejadian tersebut, dia turut memohon maaf kepada Datin Noor Kartini dan seluruh ahli keluarga atas kecuaian yang berlaku dan berjanji tidak ada mengulangi kesilapan yang sama.

"Saya juga telah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan siasatan berhubung isu yang tular ini."

"Saya berjanji tidak ada mengulangi kesilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku."

-Zulshafiqah-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen