Menteri & timbalan menteri sumbang tiga bulan gaji ke Akaun Amanah Bencana

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pelaksanaan ‘total lockdown’, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat melalui program PEMERKASA Plus.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa menteri serta timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun untuk disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan itu sebagai tanda sokongan dan sudah diamalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan akan terus mengutamakan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dalam memerangi pandemik wabak ini.

"Ini merujuk usaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

"Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang kekal teguh bersama-sama kerajaan tanpa mengira kawan atau lawan dalam menghadapi situasi yang tidak pernah kita jangkakan ini," katanya dalam perutusan khas malam tadi.

Dalam pada itu, pihaknya mengatakan bahawa keputusan untuk untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh adalah sukar tetapi terpaksa dibuat.

Katanya, sama ada sekatan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada rakyat Malaysia serta ketentuan Ilahi.

"Kerajaan sudah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

"Saudara dan saudari dikehendaki duduk di rumah, stay at home…saya ulangi stay at home dan sentiasa patuh kepada SOP.

"Jika saudara dan saudari gagal mematuhi arahan ini, maka kita semua akan gagal, na'uzubillah," katanya.

Malah dalam kesempatan itu juga, Muhyiddin turut menitip penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang kini sudah penat melawan virus itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen