Pengasuh Aafiyah tamatkan zaman bujang, TokTi 'sponsor' baju nikah dari Rizman Ruzaini

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai cukup kenal dengan susuk tubuh wanita yang sentiasa berada di sisi anak sulung penyanyi terkenal negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Dayah Zubit.

Buat yang tidak tahu, wanita ini merupakan pengasuh anak sulung TokTi iaitu Siti Aafiyah sejak dari lahir lagi.

Tamatkan zaman bujang

Terbaru, gadis yang turut memiliki suara lunak itu telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan jejak pilihan yang merupakan permain sayap pasukan bola Terengganu FC II (TFC II) Mohammad Ridzuan Razali.

Jemput tetamu tonton live IG

Difahamkan, majlis akad nikah diadakan dengan cukup sederhana di Pulau Pinang selain mengikut SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKP berkuatkuasa.

Malah, tayangan secara live juga disediakan di Instagram pasangan ini bagi ditonton semua ahli keluarga dan sahabat andai yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Dengan sekali lafaz, Dayah Zubit telah sah menjadi isteri kepada Ridzuan selepas dinikahkan sendiri oleh bapanya.

TokTi sponsor baju

Pasangan ini juga bagai pinang dibelah dua apabila mengenakan busana berona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini yang ditaja khas oleh TokTi serta Datuk K.

Tahniah! Dan selamat pengantin baru buat kedua-duanya, semoga ikatan yang dibina kekal bahagia selamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen