"Korang kena percaya benda tu bukan Mama Rimau buat..." - Rosix

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam kecoh di media sosial berhubung posting Instagram Story membabitkan ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Rosix dedah kebenaran?

Susulan itu, personaliti media sosial Rosix Omar telah tampil mendedahkan memang ada sebilangan kakitangan Datin Noor Kartini yang mempunyai akses kepada Instagram peribadi usahawan itu.

Perkara itu didedahkan oleh Rosix sendiri apabila sewaktu menerima soalan tersebut dari netizen ketika lakukan IG live.

Dia yang merupakan kenalan rapat keluarga Neelofa itu turut mendedahkan bahawa akaun Instagram Datin Noor Kartini dijaga oleh pekerjanya bagi mengelak dari terlupa kata laluan atau sebaliknya. Malah, dia turut mengatakan bahawa dia juga melakukan hal yang sama.

“Benda kemaskini tu bukan dia buat, staf dia yang buat. Benda tu bukan Noor Kartini buat. Macam ni, mereka memang ada akses untuk Instagram bos-bos mereka. Memang benda tu basic.

“Ya, anda kena percaya benda tu bukan Noor Kartini yang buat. Penulisan itu pun bukan daripada dia. Memang kakitangan ada akses personal Instagram. Rosix sendiri pun ada orang jaga sebab takut lupa password,” katanya.

Sebelum ini, tular apabila akaun peribadi milik Kartini memuat naik satu posting berbentuk tangkapan layar mengenai sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Sehubungan itu, Kartini telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di balai Polis Taman Tun Dr. Ismail selain turut memaklumkan bahawa pengurus media sosialnya mempunyai akses ke Instagram dan memuat naik isu tersebut tanpa senagaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen