"Tiada majlis nikah di Selangor sehingga 30 Jun 2021..." -JAIS

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi mengawal penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan orang ramai, pihak kerajaan telah melaksanakan ‘total lockdown’ yang bermula pada 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Tangguh acara akad nikah

Sehubungan dengan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara akan ditanggujkan mulai 1 Jun sehingga 30 Jun 2021.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook JAIS sebagai makluman bakal pengantin telah memilih tarikh akad nikah mereka.

Difahamkan, perkara tersebut dilakukan demi membanti keberkesanan dasar semasa dan kepentingan banyak pihak selain diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Walau bagaimanapun, pihaknya turut memaklumkan sebarang maklumat terkini akan diberitahu kelak dari semasa ke semasa malah sebarang pertanyaan juga boleh terus menghubungi pihak berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen