"Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta." -MOT

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kerajaan mengumumkan sebanyak 17 sektor perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa tanpa mengira kapasiti.

Manakala tiga orang pemandu dibenarkan bagi tujuan perubatan atau kecemasan.

“Seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera.

“Bagi teksi dan e-hailing, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti dan penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang.

“Tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan,” katanya.

Dalam kenyataan sama MOT memaklumkan, semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penumpang 50 peratus dan syarikat penerbangan dikecualikan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Tambahnya, semua pengendali dibenarkan untuk menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen-stesen.

“Semua perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya,” ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen