Solat rapat-rapat dan tak pakai 'mask', jemaah surau di Kelantan dikompaun

Berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang membimbangkan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang penularan virus tersebut namun masih ada dari kalangan rakyat mengingkarinya walau semua sedia maklum jumlah kompaun yang akan dikenakan nanti.

Jemaah surau dikompaun

Memetik laporan Harian Metro, seramai 37 jemaah surau telah dikenakan kompaun kerana prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dipercayai menunaikan solat berjemaah di dua surau Mukim Chetok.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas iaitu Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir memaklumkan kesemua jemaah terbabit terdiri daripada individu berusia antara 20 hingga 70 tahun dikesan ingkar dengan SOP dalam pemeriksaan pada 9 malam.

Susulan kejadiam tersebut, sebanyak 28 saman dikeluarkan di lokasi pertama diperiksa, manakala sembilan lagi diberikan kepada jemaah di surau kedua.

"Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka selain menunaikan solat isyak berjemaah walaupun sudah sedia maklum bahawa tidak dibenarkan sepanjang PKP ini."

"Ia jelas melanggar SOP termasuk penjarakan fizikal yang bukan sahaja boleh membahayakan, malah memberi risiko kepada penularan Covid-19."

-M. Nasaruddin-

Mohon kerjasama orang ramai kekang penularan

Tegasnya, masyarakat sepatutnya mematuhi segala arahan kerajaan demi keselamatan bersama terutama untuk mengekang peningkatan jumlah mangsa Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Selain itu, Nasaruddin dalam kenyataannya berkata bahawa pihak mereka akan terus membuat rondaan dan pemantauan untuk mengenal pasti mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar SOP selain mengalu-alukan  kerjasama masyarakat setempat untuk melaporkan kepada polis jika berlaku di kawasan mereka.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan membabitkan pelanggaran SOP terutama di sepanjang pergerakan penuh yang bermula hari ini."

-M.Nasaruddin-

Video rakaman waktu kejadian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen