"Mereka dapat hidupkan amalan di masjid 24 jam..." -Zul Yahya cadang pesakit covid-19 dikuarantin di masjid

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes jangkitan harian serta kes kematian pesakit Covid-19 meningkat secara mendadak hingga melahirkan rasa kebimbangan pada orang ramai beberapa hari lalu.

Zul Yahya beri cadangan

Berikutan itu, bekas pelakon Zul Yahya, tampil memberi cadangan agar menjadikan masjid sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19.

 

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Facebook miliknya dengan merasakan cadangan tersebut adalah wajar sebagai satu cara mengimarahkan masjid selama 24 jam.

“Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif COVID-19 gejala ringan di masjid, bukankah itu lebih baik, mereka dapat hidupkan amalan-amalan masjid 24 jam dan masjid pun tak sepi.

“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat. Lebih banyak manfaat, mungkin boleh menambah kebaikan pada mereka dan kita semua,” tulisnya.

Menurut Zul, perkara itu dapat memberikan kebaikan kepada pesakit agar berpeluang menjalankan amal ibadah di samping menghidupkan masjid yang kini mula sepi berikutan larangan solat jemaah.

Hidupkan semula masjid sunyi sepi

Perkara tersebut juga disokong oleh rata-rata pengikut lelaki berusia 48 tahun itu. Namun, ada juga yang turut membantah cadangan tersebut dengan alasan tertentu.

Sebelum ini, pihak kerajaan mengeluarkan SOP aktiviti masjid  yang hanya membenarkan bilangan jemaah solat sangat terhad, sementara aktiviti lain dan pengimarahan ditangguhkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen