"Variant Of Concern telah merebak di setiap negeri..." -DG Noor Hisham

Saban hari, peningkatan kes harian dia Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang membimbangkan ditambah pula dengan pelbagai varian baharu yang nyata lebih mudah menular dan dijangkiti.

Varian baru telah menular

Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataannya memaklumkan virus Covid-19 jenis 'Variant Of Concern' telah dikesan di setiap negeri di Malaysia terutamanya varian B.1.351 atau Varian Afrika Selatan.

Susulan itu, beliau memberi amaran, besar kemungkinan sudah berlaku penularan meluas dalam komuniti bagi sekurang-kurangnya satu jenis VOC di semua negeri.

Hal ini adalah apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak 119 kes Covid-19 yang dikategorikan sebagai 'Variant Of Concern' (VOC) dan Variant Of Interest (VOI) yang mana sebanyak 14 kes jangkitan luar negara manakal 115 lagi kes tempatan.

Kadar kebolehjangkitan lebih tinggi

Jelasnya, VOC mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi  dan situasi tersebut perlu diambil serius oleh setiap individu.

Justeru itu, beliau terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelon genomik, memperbanyakkan ujian saringan Covid-19, melakukan pengesanan kontak serta pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

"Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ia akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes Covid-19."

-Dr. Noor Hisham-

PKPD masih dilaksanakan

Bagaimanapun, selain total lockdown, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) juga akan dilaksanakan bagi kawasan-kawasan dengan pelaporan kes yang tinggi sebagai usaha untuk membendung jangkitan itu.

"Tempoh masa dua minggu ini adalah amat kritikal bagi emmutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di Malaysia dan ianya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat."

-Dr. Noor Hisham-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen