Pilih sambut 'birthday' anak dengan anak yatim secara 'online', Anzalna Nasir dikagumi Netizen

Sejak berlakunya pandemik ini, rakyat telah disarankan untuk menjalani kehidupan harian secara norma baharu. Walaupun terasa janggal namun itulah antara usaha kerajaan yang perlu dipatuhi sebagai usaha mereka untuk melandaikan lengkuk virus Covid-19 ini.

Sambut ulang tahun anak bersama anak-anak yatim

Bagaimanapun, perkara itu tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk pelakon Anzalna Nasir dan suaminya Hanif Zaki menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka, Mohamad Eidress yang ke-2 tahun pada tahun ini.

Menerusi perkongsian Anzalna di Instagram, dia dan suami telah meraikan hari ulang tahun anaknya bersama dengan salah sebuah rumah anak-anak yatim secara maya.

Kemeriahan dikongsi bersama

Walaupun tidak dapat bersua muka secara fizikal namun, kemeriahan majlis tersebut masih dapat dirasai bersama.

Meninjau ke ruangan komen, selain mendoakan kesejahteraan buat Eidress, rata-ratanya turut memuji cara yang dilakukan oleh Anzalna dan suami berkongsi hari bahagia anaknya dengan mereka yang kurang bernasib baik di luar sana sekaligus berharap agar menjadi contoh juga buat yang lain.

'Moga Eidress jadi anak yang baik'

'Contoh terbaik'

'Moga dimurahkan rezeki'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen