Wanita koma didera suami dibenarkan pulang, ahli keluarga sebak tengok mangsa bertarung nyawa

Sebelum ini media telah melaporkan tentang seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas dipukul suaminya dalam keadaan dirinya sedang mengandung anak pertama.

Memetik laporan Harian metro, kini wanita yang dikenali sebagai Jahadiah Nordin berusia 43 tahun sedang bertarung nyawa selepas kejadian ngeri yang menimpa dirinya pada 4 Mei lalu.

Ekoran kejadian tersebut, ahli keluarga meluahkan rasa kesal di atas kejadian yang menimpa kakak sulung mereka walaupun dia dibenarkan keluar wad di Hospital Tunku Ja'afar (HTJ) pada Ahad atas nasihat doktor.

"Kami sekeluarga rasa sebak dan sedih melihatnya. Walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah, namun dia masih koma."

"Doktor menasihatkan supaya kakak dibawa pulang ke rumah kerana ia lebih selamat berikutan keadaan pesakit Covid-19 di hospital yang terus bertambah."

"Namun kakak masih belum sedarkan diri selepas 27 hari dia dirawat di hospital. Cuma ketika ini dia tidak lagi menggunakan bantuan alat pernafasan sebaliknya boleh bernafas sendiri."

-Adik-

Masih tidak sedarkan diri

Menurut Fazariah, adik kepada mangsa, sehingga kini tiada banyak perubahan dari segi kesihatan pada diri Jahidah kerana dia masih belum sedarkan diri dan belum boleh membuka mata.

"Daripada apa yang kami perhatikan terdapat kesan lebam pada bahagian matanya yang mungkin disebabkan dutumbuk. Tulang belakangnya juga ada kesan bengkok."

"Ketika ini kakak hanya diberikan susu khas dengan menggunakan saluran khas dengan menggunakan tiub."

-Adik-

Jelas adiknya lagi, pihak hospital berhampiran juga sudah memberikan tarikh rawatan janji temu untuk kakak mendapatkan rawatan yang baik.

Suami dan ahli keluarga masih diburu polis

Mengulas lanjut tentang kejadian yang menimpa kakaknya, Fazariah memaklumkan sehingga kini suami kakaknya yang juga merupakan suspek serta ahli keluarganya tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kedudukan lelaki itu yang sedang diburu polis.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen