Dihujani soalan dari peminat, Ain dan suami akhirnya umum nama anak

Berita kelahiran Ain Edruce disambut gembira oleh ahli keluarga dan peminat sekaligus meluahkan rasa syukur apabila dia selamat bersalin bayi perempuan pada 19 Mei yang lalu dalam keadaan normal dan sihat kedua-duanya.

Meskipun dalam pantang, Ain masih tetap aktif berkongsi perkembangan semasanya bukan sahaja di Instagram bahkan juga di akaun Tiktok yang pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat terutamanya.

Kongsi pengalaman bersalin

Terbaharu, Ain dan suaminya Amirul Hafiz telah memuat naik satu video di Youtube Channel yang mana mereka telah berkongsi pengalaman ketika menyambut kelahiran anak pertama mereka sekaligus menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh para peminat sebelum ini.

Ain dedah nama anak

Dalam pada itu, mereka juga tidak ketinggalan untuk mendedahkan nama cahaya sulung pertama mereka selepas dihujani soalan yang sama oleh para peminat sekaligus mendedahkan wajahnya.

Buat yang tertanya-tanya, Ain dan Amirul sepakat menamakan anak mereka dengan nama Soraya Binti Muhamad Amirul Hafiz dan jelas Ain lagi, maksud di sebalik nama Soraya pula bermaksud 'cantik'.

 

 

Moga Soraya menjadi anak yang baik budi pekertinya serta berbakti kepada orang tua suatu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen