“Mak saya jatuh.” -Netizen sebak lihat ‘auntie’ berdiri tepi jalan sambil lap air mata, tindakan lelaki ini dapat pujian

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi salah satu tanggungjawab kita memberi bantuan buat mereka yang memerlukan meskipun tidak banyak tapi cukup dapat meringankan beban.

Baru-baru ini tular sebuah video seorang wanita berbangsa Cina sedang berdiri di pinggir jalan seorang diri seperti menunggu seseorang.

Menangis seorang diri

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dinda Farishy di akaun TikTok, dia mengatakan bahawa dia melihat wanita berkenaan beberapa kali mengelap air mata serta seperti sedang menunggu seseorang.

“Dari tadi lagi nampak auntie ni kat situ sambil lap air mata, ingatkan auntie ni cari seseorang rupanya...” kongsinya.

Tidak teragak untuk bertanya, rakannya mendekati wanita berkenaan dan bertanya sekiranya wanita itu perlukan bantuan.

Rupanya, wanita berkenaan tidak menunggu sesiapa namun memerlukan sedikit wang untuk membelikan ubat serta pampers buat ibunya yang sedang sakit.

Tunjuk gambar sebagai bukti

Dengan suara yang sebak, wanita berkenaan turut menunjukkan gambar di dalam telefon bimbitnya sebagai bukti bahawa dirinya betul-betul perlukan pertolongan.

Bersimpati akan nasib wanita berkenaan, rakan kepada Dinda Farishy telah memberi sedikit sumbang bagi meringankan beban wanita tersebut.

‘Respect bro’

Sehubungan itu, perkara tersebut telah dikongsi semula oleh seorang pengguna laman Facebook yang memuji tindakan pasangan ini dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa.

“Ramai rakan Melayu sangat baik dan penyayang...” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Kitakan 1 Malaysia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia perlu saling membantu dan bersatu padu tanpa mengira bangsa.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika menerima bantuan daripada orang lain meskipun berlainan bangsa dan agama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen