Tular bersiar-siar bersama ular seberat 200kg dengan motosikal, pemilik kebun getah mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular video dua penunggang motosikal membawa ular sawa gergasi yang dililit pada pinggang sehingga mencetus kebimbangan netizen beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 21 saat itu, ular sawa batik itu dipercayai seberat lebih 200 kilogram.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dipanggil gelaran ‘pak Abu’ itu dilihat menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan sebelum perbuatan mereka dirakam oleh individu lain.

'Pak Abu' yang membawa motosikal itu dilihat mengangkat tangan tanda gembira manakala ular itu seolah-olah dalam keadaan jinak dengan melilit pinggangnya.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, video tular berkenaan dikesan berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Mei lalu.

Katanya, ular sawa itu ditangkap di kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai, pada jam 6 petang Jumaat lalu oleh individu bernama Mohd Hamdan Mahadi, 34, dan pemilik kebun getah berkenaan.

"Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

"Mereka sebelum itu bertindak menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia' buas itu," ujarnya.

Beliau berkata, pemilik kebun getah berkenaan turut memohon maaf berikutan video tersebut tular yang bukan dirancang olehnya.

"Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai," jelasnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen