Gara-gara kongsi berita palsu tentang Covid-19, suri rumah dikompaun RM5,000

Menyebarkan berita palsu merupakan antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada pelaku yang berbuat demikian.

Sebar berita palsu berkenaan Covid-19

Memetik portal Berita Harian, seorang suri rumah didenda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan dengan penularan jangkitan Covid-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada April lalu.

Individu terbabit adalah Norjannah Rusli berusia 28 tahun membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.

Individu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi status Whatsapp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada terduduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar di Kampung Belukar, Arau.

Peguam mohon hukuman diringankan

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis iaitu Mohd Nordin Osmail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dengan dibantu oleh peguam Siti Hajar Che Ahmad.

Jelas Mohd Nordin, itu merupakan kes pertama yang berlaku di Perlis dan menurutnya walaupun itu juga merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh Norjannah namun, pihak Nordin memohon hukuman setimpal diberikan kepada yang tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.

Bagaimanapun, Zuhair yang mewakili tertuduh meminta mahkamah meringankan hukuman disebabkan tertuduh sedang mengandung 28 minggu selain perlu menyara dua orang anaknya yang masing-masing berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan Covid-19.

Susulan perkara itu, Hakim menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan boleh dipenjara lima bulan sekiranya gagal bayar denda berkenaan.

Berita palsu punca penjaga panik

Sebelum ini telah tular berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan Guar Nangka disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, penularan maklumat itu sama sekali tidak benar sekaligus mengundang panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen