Menangis dipeluk ibu mentua tak jadi, wanita tabah lihat bekas kekasih bersanding di pelamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah melihat seseorang yang pernah berkongsi kasih, kini duduk bersanding di atas pelamin bersama orang lain.

Datang majlis kahwin bekas kekasih

Berbeza pula dengan wanita berasal dari Indonesia ini yang dikatakan begitu kuat untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh rakan kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Edi Syahputra dengan memuat naik video di aplikasi TikTok selain memuji keberanian wanita berkenaan.

Menerusi laporan Tribunnews, wanita tersebut dikenali sebagai Vera telah hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya pada Selesa lalu.

Difahamkan, Vera dan bekas kekasihnya telah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun dan pernah mempunyai percangan untuk ke arah lebih serius. Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada tahun lalu.

“Iya (sudah serius), tetapi mereka belum merancang lagi untuk berkahwin,” katanya.

“Dulu semasa mereka sedang bercinta, mereka pernah berbincang tentang bernikah, tapi belum merancangnya lagi,” sambungnya.

Menangis dipeluk ibu mentua tak jadi

Menurut Edi, Vera dan bekas kekasihnya itu masih berkawan baik dan ketika bertemu dengan pengantin lelaki wanita berkenaan lebih diam.

“Reaksinya ketika bertemu bekas kekasihnya itu adalah normal, dia diam,” kata Edi.

Namun, lain pula reaksi ditunjukan wanita berusia 23 tahun itu saat bertemu dengan ibu pengantin lelaki. Dia menangis ketika dipeluk oleh bekas calon mentuanya itu.

“Ketika saya datang ke majlis perkahwinan itu, kawan saya ini bersalaman dengan ibu pengantin lelaki berkenaan.”

“Ibunya menangis dan Vera juga tidak dapat menahan emosinya,” katanya.

Sehubungan itu, Vera tidak menyangka bahawa kisahnya menjadi tular malah tidak sangka ramai yang berpengalaman sama sepertinya.

“Saya terkejut, saya juga tidak menyangka bahawa ramai yang mempunyai pengalaman sebegitu,” ungkapnya.

“Vera juga terkejut kenapa ramai yang pernah merasakan benda yang sama,” tambahnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen