Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri hari ini dalam akaun Facebook miliknya telah memuat naik sekeping gambar dengan menunjukkan gayanya yang sedang menutup pintu bilik pejabatnya.
Kapsyen undang tanda tanya
Namun dengan hanya sekeping gambar itu, ruangan terus komen dibanjiri dengan ribuan komen netizen susulan melihat kapsyen yang dimuat naik bersama dengan gambar tersebut.
Kapsyen yang disertakan dengan ikon sedih itu seperti menggambarkan apa yang sedang beliau lalui ketika ini namun tidak dijelaskan secara langsung.
Rakyat titip doa dan semangat
Bagaimanapun, netizen seperti tahu dan faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau menerusi gambar tersebut dan tidak lain tidak bukan ianya berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ujian yang sedang menimpa negara ketika ini dalam melawan virus Covid-19.
Dalam pada itu, rata-ratanya tidak ketinggalan menitipkan ucapan semangat buat salah seorang hero negara yang masih kuat berjuang bersama dengan barisan pemimpin lain dalam usaha melindungi negara dari ancaman virus yang semakin aktif menular saat ini.
'Moga Allah lindungi mereka'
Moga Allah melindungi mereka semua barisan hadapan serta pemimpin yang sedang berjuang ketika ini dan sebagai rakyat apa yang kita boleh lakukan selain mematuhi SOP seperti yang disarankan adalah sentiasa berdoa moga Allah mengangkat semula virus ini hendaknya.
Tinggalkan Komen