Jumlah kematian meningkat, mayat mangsa Covid-19 di India bergelimpangan diratah anjing

Saban hari kita telah didedahkan dengan khabar duka yang menimpa negara India apabila jumlah kes harian Covid-19 di negara tersebut terus menunjukkan peningkatan seiring dengan jumlah kematian.

Susulan kejadian, India tidak dapat lagi menampung jumlah mayat mangsa-mangsa yang terkorban akibat daripada virus sehingga ada penduduk mendakwa bahawa mayat-mayat separuh terbakar itu menjadi sajian anjing-anjing liar.

Mayat naik ke tebing

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Uttarkashi itu dilaporkan oleh salah seorang penduduk di situ ketika dia sedang melukis dan menurutnya ia berlaku berpunca daripada kenaikan paras air akibat hujan menyebabkan sebahagian mayat naik ke tebing.

"Saya membuat lukisan semalam dan saya melihat mayat separuh terbakar dimakan anjing. Pentadbiran Daerah dan Perbadanan Perbandaran harus menyedari perkara ini dan melakukan sesuatu segera."

-Penduduk-

Akui mayat tak diurus dengan betul

Bagaimanapun, Presiden Perbandaran iaitu Ramesh Semwal mengambil maklum akan kejadian itu dan menjelaskan bahawa pihak mereka telah ditugaskan untuk mengebumikan mayat tersebut dan akui bahawa mayat-mayat itu tidak dibakar dan diuruskan dengan betul sebelum ini.

"Selama beberapa hari, jumlah kematian telah meningkat di daerah kami. Saya juga mengetahui bahawa mayat tidak dibakar dengan betul, jadi saya telah mengarahkan pihak pentadbiran untuk menguruskannya."

-Ramesh Semwal-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen