"Saya tak fikir kita mampu hadap PKP 5.0..." -Pakar anggar jumlah kematian meningkat pada September

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi portal rasmi di Facebook memaklumkan hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 merekodkan jumlah tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,993

Jumlah kematian catat rekod tertinggi

Selain itu, jumlah kematian hari ini membabitkan 123 warganegara dan tiga bukan warganegara sekaligus mengatasi rekod kematian paling tinggi pernah dicatatkan pada 29 Mei lalu sebanyak 98 kematian.

Bagaimanapun, kes harian Covid-19 hari ini juga merekodkan angka melebihi 7,000 selama dua hari berturut-turut menjadikan jumlah kumulatif adalah 587,165 kes direkodkan setakat ini.

Jumlah pesakit di ICU turut meningkat

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,701 adalah kes tempatan membabitkan 6,860 warganegara dan 841 bukan warganegara manakala kes import pula dua terdiri satu warganegara dan satu bukan warganegara.

Ulas lanjut berkenaan perkembangan semasa pesakit Covid-19 yang masih belum sembuh dan memerlukan pantauan rapi, seramai 878 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakal 441 memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian meningkat sembilan kali ganda

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September menurut Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Jelas beliau, anggaran angka itu sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini iaitu 2,993 setakat hari ini.

"Covid-19 bakal jadi punca kedua kematian di Malaysia selepas sakit jantung."

"Kita sepatutnya melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk berfikir, buat rancangan strategik dan atur semula. Buat rancangan yang benar-benar boleh dibawa ke hadapan sementara menunggu pelaksanaan vaksin sepenuhnya. Saya tidak fikir kita mampu menghadapi PKP 5.0 pula"

"Pucuk pimpinan juga perlu mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sebab dalam erti kata kesihatan awam, kepercayaan adalah mata wang kepada kesihatan awam...mahu atau tidak, kerajaan perlu mendapat semula kepercayaan itu yang diperoleh semasa PKP sebelum ini."

-Dr Adeeba-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen