"Anugerah juara Covid-19 dunia." - Malaysia jadi tajuk berita utama di luar negara

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan penularan wabak Covid-19 di negara ini semakin membimbangkan. Bukan sahaja kadar jangkitan kes harian yang tinggi setiap hari tapi kes kematian juga sangat semakin meningkat.

Setakat hari ini, seramai 2,993 orang telah menjadi korban Covid-19 di negara ini termasuklah semalam 126 kematian telah direkodkan yang merupakan paling tinggi sepanjang virus ini melanda Malaysia.

Jadi berita utama di luar negara

Baru-baru ini, tular pula satu rakaman video berita dari luar negara yang mengatakan bahawa kadar kes positif Covid-19 di Malaysia semakin mengganas.

Video tersebut sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hafiz Nassir yang mengatakan bahawa keadaan kes Covid-19 di Malaysia menjadi pembukaan berita di luar negara.

“Bila Malaysia adalah berita pertama di BCC World News... Itu tandanya keadaan kita semakin serius dan dapat perhatian antarabangsa,” kongsinya.

Malah pembaca berita juga mengatakan bahawa Malaysia kini sedang berdepan dengan ‘lockdown’ yang ketat bagi mengawal penularan wabak Covid-19 yang makin meresahkan.

Dalam rakaman video tersebut juga memaparkan sedikit keadaan di Malaysia di mana pihak polis sedang melakukan SJR.

Sehubungan itu, Hafiz Nassir turut berpesan agar orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Dulu dipuji sekarang diumpat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkesan akan perkara tersebut malah turut berharap agar negara tidak dikenali dengan perkara sebegini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen