Pembangkang ambil alih, Benjamin Netanyahu bukan Presiden Israel lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan telah tersingkir daripada terus memegang jawatan itu selepas dua pemimpin pembangkang bentuk gabungan dan setuju jawatan PM digilirkan.

Beliau merupakan Perdana Menteri Israel paling lama telah dikalahkan dengan Ketua Pembangkang, Yair Lapid selepas berjaya membentuk gabungan bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Pengumuman itu hadir pada saat akhir selepas Lapid berhasil mendapatkan sokongan pelbagai parti sayap kiri dan kanan untuk menjatuhkan Netanyahu.

"Lapid memaklumkan Presiden Israel, Reuven Rivlin, bahawa beliau berjaya menubuhkan kerajaan.

"Kerajaan baharu ini akan berkhidmat untuk semua rakyat termasuk mereka yang tidak bersamanya, akan menghormati mereka yang menentangnya dan akan melakukan segalanya bagi menyatupadukan masyarakat Israel," menurut partinya, Yesh Atid dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Pemimpin parti kanan yang juga jutawan teknologi, Naftali Bennett, 49, akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama sebelum Lapid mengambil alih jawatan itu dalam tempoh dua tahun menerusi sistem giliran.

Lapid merupakan bekas penyampai berita pada Ahad lalu berhasil meraih sokongan penting Bennet yang juga ketua Parti Yamina.

Bagi membentuk blok anti-Netanyahu, Lapid menandatangani perjanjian bersama tujuh parti politik termasuk Parti New Hope yang dipimpin bekas sekutu Netanyahu, Gideon Saar dan Parti Yisrael Beitenu yang dipimpin Avigdor Lieberman.

Gabungan itu turut disertai Parti Blue and White, Parti Buruh dan Parti Meretz.

Parti Raam yang juga parti konservatif Islam Arab-Israel dipimpin Mansour Abbas pula bersetuju menyertai gabungan itu pada Rabu.

"Saya menandatangani perjanjian dengan Yair Lapid supaya beliau boleh menubuhkan kerajaan selepas mencapai kata sepakat berhubung beberapa isu membabitkan masyarakat Arab," kata Abbas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen