"Wei, mak dah mati ni. Sebab aku jaga transfer RM6,000..." - Anak minta upah jaga ibu nazak Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini penularan wabak Covid-19 semakin kritikal, malah semalam negara mencatatkan kematian tertinggi yang melibatkan 126 terkorban.

Pemergian tidak dijangka terutama berkaitan insan tersayang seperti ibu bapa tentunya sangat menyedihkan terutama selepas berbulan-bulan tidak pulang ke kampung halaman melihat keadaan mereka.

Benarkan anak jaga ibu di wad

Bagaimanapun, lain pula akan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @Fleurdope ini.

Menurut pengguna Twitter berkenaan, kisah menyayat hati tersebut telah menimpa seorang wanita berusia 96 tahun ketika berada di salah sebuah wad Covid-19.

Katanya, ketika satu malam warga emas tersebut berada dalam keadaan tenat yang berkemungkinan kerana faktor umur. Disebabkan itu pihak perubatan dipercayai membuat keputusan membenarkan anak wanita ini menjaga ibunya di wad tersebut memandangkan anaknya juga positif Covid-19.

Namun, dua hari kemudian wanita berkenaan telah menghembuskan nafas dan pergi hayat selama-lamanya.

Terdengar perbualan anak

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter berkenaan mengatakan bahawa dia terdengar perbualan anak wanita tersebut yang memaklumkan seseorang dipercayai adik beradiknya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia.

Lebih memeranjatkan apabila si anak tidak sedih namun meminta wang berjumlah RM6,000 disebabkan telah menjaga ibunya ketika berada di wad.

Tidak itu saja si anak juga dikatakan sempat meminta nombor pin akaun bank ibunya.

Ya Allah geramnya

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet agak terkejut dengan kisah tersebut selain turut geram dengan tindakan anak.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama seperti kisah tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen