"Sistem kesihatan berdepan detik sukar dan boleh lumpuh..." -Adham Baba

Peningkatan kes harian terus menunjukkan rekod yang membimbangkan sepanjang tempoh 3 hari kerajaan memutuskan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di setiap negeri.

Perkhidmatan kesihatan berdepan saat genting

Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataannya memaklumkan bahawa sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.

Jelas beliau, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandanglan kadar jangkitan harian semakin meruncing mencecah 9,021 kes pada 29 Mei lalu.

Justeru itu, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat kerajaan bagi membendung ririsko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh.

"Kita bentangkan pelan kontigensi dan pengurusan Covid-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt meningkat."

"Oleh itu kita cadangkan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 12 Mei lalu, bagi mengawal penularan jangkitan yang berpunca daripada 60 peratus ke sporadik dan 40 peratus kes berkaitan kluster."

-Adham Baba-

SOP lebih ketat kerana kes semasa

Menurut Adham Baba, pihak mereka memutuskan PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan selepas melihat nilai Rt unjuran modal kes sudah melepasi 1.2 semakin meningkat.

Di tambah pula dengan penemuan pelbagai varian baharu yang jelas membimbangkan kerana varian tersebut secara tidak langsung menjadi antara salah satu faktor berlakunya peningkatan penularan jangkitan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen