Guna 'street view' nak tengok kampung, anak sebak nampak arwah ayah dalam 'maps'

Tak ada orang dalam dunia ini inginkan perpisahan kerana mereka tahu sakitnya sebuah perpisahan itu lebih-lebih lagi apabila terpisah disebabkan ajal, tak tertanggung rasanya rindu terhadap orang yang sudah tiada di dunia ini.

 

Ubati rindu kampung halaman

Menelusuri lebih lanjut tentang kisah 'perpisahan', seorang pengguna Tiktok telah berkongsi satu video di platform tersebut yang mana video itu telahpun tular di media sosial sekaligus menjadi perhatian wargamaya sebelum ini.

 

Video tersebut menceritakan kisahnya yang rindu kampung halaman dan cuba untuk mengubati rindu tersebut dengan menggunakan kemudahan jaringan internet iaitu mengakses 'street view' yang ada pada 'google maps' .

Sebak jumpa arwah ayah dalam maps

Namun, setibanya jalan masuk ke kampung halaman dia tidak menyangka akan diperlihatkan dengan sosok tubuh arwah ayahnya dengan jubah putih di dalam 'maps' tersebut dan secara tidak langsung mengundang rasa sebak di hati.

'Ya Allah sebaknya'

Video tersebut menerima lebih 72 ribu tanda suka sekaligus dibanjiri dengan komen-komen yang sungguh menyentuh hati. Bukan sahaja kerana kehilangan orang tua mereka malah ada juga yang meluahkan rasa hiba apabila terkenangkan nasib mak ayah di kampung apabila anak-anak sudah lama tidak menjenguk mereka.

 

'Moga arwah tenang'

 

'Rezeki dapat tengok dalam maps'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen