"Kes libatkan kanak-kanak membimbangkan, 3 maut & 27 lagi masih di ICU." - Dr Noor Hisham

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan penularan wabak Covid-19 kini semakin berada di tahap yang serius. Bukan sahaja golongan warga emas sahaja menjadi korban, kanak-kanak dibawah 5 tahun juga tidak terkecuali.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak tiga kes kematian Covid-19 yang membabitkan kanak-kanak bawah usia lima tahun dilaporkan sepanjang 2020.

Lebih membimbangkan apabila bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021.

Dr Noor Hisham juga berkata, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun.

“Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Doktor Noor Hisham memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting.

“Ia bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19.

“Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak,” katanya lagi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen