"Ini bunuh diri namanya..." - Netizen harap warga emas tak terpedaya dengan teori air bancuhan peluntur

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular di media sosial video akan seorang warga emas membancuh dan meminum cecair peluntur disebuah kawasan terbuka.

Difahamkan, tindakan meminum cecair peluntur bertujuan untuk membunuh virus Covid-19 yang sedang menular ketika ini.

Bancuh peluntur sebelum minum

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter itu memaparkan warga emas berkenaan membancuh cecair peluntur itu pada dua jenis minuman iaitu air berkarbonat dan teh tarik.

Selepas selesai dibancuh, warga emas tersebut turut meminum teh tarik tersebut dengan bersahaja sehingga habis.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 421,300 kali.

Jangan ada yang tiru dah la

Video tersebut juga mendapat perhatian warganet yang rata-rata meluahkan rasa bimbang sekiranya ada yang meniru dan mempercayai perkara tersebut.

Malah, warganet juga berharap agar orang ramai tidak mempercayai perkara tersebut selain ibu bapa mereka tidak terpengaruh akan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen