Hikmah bercuti ke Kashmir, wanita bertemu jodoh dengan pemandu pelancong

Memiliki pasangan yang berbeza budaya dan agama bukanlah lagi perkara asing yang terjadi dalam masyarakat masa kini. Siapa kita mahu menidakkan kuasa Allah, larilah sejauh mana pun jika itulah yang sudah dipilih menjadi pasangan kita maka berdoalah agar ianya berkekalan.

Jumpa jodoh ketika melancong

Seorang pengguna Tiktok telah berkongsi kisah cintanya bersama suami yang dipertemukan ketika melancong ke Kashmir.

 

 Dulu pemandu pelancong kini jadi suami

Menurut Aini, perkenalan bersama suaminya bermula ketika dia dan kawan-kawan melancong ke Kashmir pada tahun 2018 sementara pemandu pelancong pada ketika itu merupakan suaminya yang sekarang.

Dia tidak menyangka hubungan mereka berlanjutan dan siapa sangka akhirnya mereka telah mengikat tali pertunangan pada 2019 sebelum sah bergelar suami isteri pada 2020. 

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya teruja dengan kisah yang dikongsikan oleh Aini. Jauh perjalanannya merantau ke negara orang namun siapa sangka perancangan Allah, dia tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya dipertemukan dengan teman hidup.

'Tahniah sis, bertuahnya'

 

'Nak juga kahwin dengan orang luar'

 

'Jodoh datang bermacam cara'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen