Sultan Selangor zahir rasa dukacita, pihak tanah kubur utamakan ahli kariah berbanding pesakit Covid-19

Sebelum ini muncul satu isu berkenaan dengan kelewatan pengebumian jenazah Covid-19 disebabkan penetapan kuota yang terhad di Lembah Klang.

Selain itu, sesetengah tanah perkuburan juga didakwa memilih untuk mengutamakan ahli kariahnya hingga mengakibatkan jenazah pesakit Covid-19 hanya dikebumikan selepas lebih 24 jam.

Sultan Selangor zahir rasa dukacita

Susulan itu, Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak pengurusan sesetangah tanah perkuburan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak berlandaskan hukum bagi urusan pengebumian.

Memetik portal Mstar, perkara itu disampaikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selamgor (JAIS) iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkenaan dengan isu berhubung dakwaan sesetengah tanah kubur di negeri berkenaan hanya mengutamakan ahli kariah dan pesakit bukan Covid-19.

"Tuanku sangat tidak berkenan terutama sekali dalam keadaan sekarang yang masih ada yang nak tentukan syarat ahli kariah atau mesti penyakit biasa. Ini memang tak boleh."

Tiada undang-undang utamakan ahli kariah

Mengulas lanjut isu tersebut, menurut Shahzihan tiada ada undang-undang yang mengatakan bahawa sesuatu tanah perkuburan itu perlu diutamakan kepada ahli kariah.

"Di mana mati dan bila mati itu rahsia. Dan syarat (pengurusan) jenazah adalah ianya mesti disegerakan."

-Shahzihan-

JAIS akur, pengebumian sehingga jam 5 petang

Bagimanapun, Pengerusi Eksekutif Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) iaitu Muhammad Rafieudin Zainal Rasid mendakwa sesetengah tanah perkuburan menghadkan hanya 10 jenazah untuk dikebumikan setiap hari di mana tiga daripadanya melibatkan kes Covid-19.

Seterusnya, pihaknya akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh lockdown yang hanya membuatkan urusan pengebumian dilakukan sehingga jamk 5 petang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen