Tak nak vaksin, kerajaan bakal ambil tindakan kepada anti-vaksin

Setelah 100 hari pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari lalu, lebih 3.2 juta dos telah diberikan kepada rakyat namun sehingga kini imuniti kelompok masih belum berjaya dicapai oleh negara.

Sehubungan itu, pelbagai dakwaan juga telah tular di media sosial berkenaan dengan individu yang menolak saranan kerajaan untuk tidak mengambil vaksin sebaliknya lebih percaya dengan perkongsian berita palsu yang khabarnya terdapat bahan lain yang lebih sesuai untuk mencegah virus Covid-19 ini.

Tindakan undang-undang kepada golongan antivaksin

Menurut sumber, kerajaan kini sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong PICK.

Belum capai imuniti kelompok

Jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya memaklumkan kerajaan juga sudah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

"Jika ikut perancangan, saya harap kita dapat mempercepatkan vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin."

"Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan, manakala sebahagian lagi tidak, kerana akan membawa kesan."

-Muhyiddin Yassin-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen