Dipercayai alami kemurungan, anggota polis ditemui maut tergantung di dahan pokok

Satu kejadian bunuh diri telah dilaporkan yang melibatkan seorang anggota polis yang ditemui mati tergantung di atas poko di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi.

Anngota polis ditemui tergantung

Memetik sumber, mangsa berpangkat Koperal berusia 30 tahun itu ditemui pada jam 12.55 tengahari tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor iaitu Datuk Md Yusof Ahmad menjelaskan bahawa hasil bedah siasat yang dijanlankan mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas badan mangsa.

Mangsa alami masalah kemurungan

Bagaimanapun, difahamkan mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya.

"Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan."

"Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya."

-Md Yusof-

Diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Sehubungan itu, Md Yusof memaklumkan siasatan lanjut berhubung punca mangsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan sebagai mati mengejut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen