Kejam dan zalim, tindakan lelaki seret kucing dengan motor buat netizen bengang

Satu video yang menyaksikan tindakan seorang lelaki menyeret seekor kucing dengan motorsikal telah tular di media sosial dan jelas sekali tindakan tersebut menerima pelbagai kritikan dan kecaman oleh netizen.

Lelaki bertindak zalim seret kucing

Perkongsian video tersebut telah dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di laman Facebook yang difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Langkap, Perak.

Video berdurasi 34 saat itu telah menjadi perhatian netizen sekaligus menimbulkan rasa bengang dengan kekejaman yang dilakukan oleh lelaki terbabit.

Dipercayai kucing milik jiran

Selain itu, kucing berkenaan kelihatan tidak dapat melepaskan dirinya kerana dipercayai telah diikat pada bahagian kaki belakang dan difahamkan kucing itu mengalami kecederaan pada muka dan beberapa bahagian badan lain.

"Difahamkan kucing yang diseret adalah kucing milik jiran pelaku. Walau apapun alasan sama ada masalah kacau ganggu atau masalah hubungan kejiranan."

"Menzalimi haiwan adalah satu jenayah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Perbuatan ini di penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.00."

-Animal Malaysia-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen