Syok rakam suasana dalam pusat kuarantin, lelaki terkejut budak minta temankan mandi

Berikutan peningkatan kes Covid-19, pusat kuarantin di MAEPS, Serdang memang tidak dinafikan lagi keadaannya kini semakin penuh. Bukan sahaja dihuni oleh pesakit di Selangor bahkan ada juga di kawasan luar negeri seperti Melaka, Seremban dan beberapa buah negeri lain.

Selain itu, penghuni didalamnya tidak hanya terdiri daripada orang dewasa malah kini turut disertai oleh kanak-kanak bawah umur yang perlu menjalani kuarantin tanpa ibu bapa bersama mereka.

Bagaimanapun, jika kita lihat suasana di dalam pusat kuarantin tidaklah sesukar yang dibayangkan sebaliknya keadaan lebih teratur. Walaupun dikelilingi dengan orang baru dan tak dikenali, ada sahaja pengalaman baru dan memori yang dicipta oleh mereka secara tak langsung sepanjang berada di sana.

Terkejut budak ajak mandi

Antara pengalaman yang menarik perhatian warganet adalah menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Azekkun yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ijat.

Ijat yang perlu menjalani kuarantin tanpa ahli keluarga membuatkan dia masih belum terbiasa dengan suasana di MAEPS sehingga perlu diteman ketika mandi membuatkan pemuda itu tak dapat menahan tawanya.

Makin selesa dan akrab

Gelagatnya yang santai dan bersahaja membuatkan Ijat makin akrab dengan pesakit-pesakit dewasa yang lain. Ijat juga dilayan seperti adik-adik mereka membuatkan budak lelaki itu makin selesa.

Terima kasih jagakan diaorang

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi melayan karenah pesakit budak-budak yang berada di sana. Layanan mereka persis seperti adik beradik kandung.

 

'Macam suasana asrama'

'Nasib ada abang baik'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen