"Terngiang-ngiang suara Rania..." -Bapa sebak kenang detik bersama anak sebelum 'pergi'

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang dapat disesuaikan dengan nasib yang menimpa keluarga ini apabila anak sulung mereka berusia 6 tahun ditemui meninggal dunia akibat terhidu bau asap.

Ambil keputusan tinggalkan di rumah kerana anak tidur

Menurut bapa kepada mangsa iaitu Mohd Zaid, dia menjelaskan bahawa sebelum kejadian, dia telah meninggalkan dua orang anaknya di rumah untuk ke kedai yang tidak jauh dari rumah memandangkan mereka sedang tidur ketika itu.

Namun,  itu bukan bermakna dia lepas tangan begitu sahaja  sebaliknya Zaid telahpun mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah.

"Berikutan mereka nyenyak tidur, saya ambil keputusan untuk tinggalkan mereka sebentar, tambahan pula pasar terletak tidak jauh dari rumah iaitu kurang lima minit perjalanan."

Saya turut mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah."

-Bapa-

Anak ditemui tak sedarkan diri

Ujarnya lagi, ketika kejadian dia segera bergegas pulang dan setibanya di rumah keadaan sudahpun gelap dipenuhi asap dan menurut Zaid dia hanya menemukan anak keduanya sahaja yang sedang menangis di ruang tamu.

"Ketika tiba di rumah, keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul dan saya hanya menemukan anak kedua sedang menangis di ruang tamu."

"Saya selamatkan Muhammad Ariq Zakwan (anak kedua) sebelum masuk semula ke dalam rumah dan keadaan asap tebal menyebabkan saya sukar mengesan kedudukan Rania (mangsa)."

"Hanya selepas saya buka tingkap bagi ruang pengudaraan, Rania dilihat terbaring di atas tilam bilik utama dalam keadaan tidak sedarkan diri."

-Bapa-

Terngiang-ngiang suara anak

Tambah Zaid, dia reda dengan kejadian yang menimpanya serta keluarga seterusnya berharap agar orang ramai tidak menyalahkan sesiapa berhubung kejadian yang berlaku.

"Terngiang-ngiang suara Rania mahu makan durian, malah dia kelihatan gembira dan ceria selepas saya bawa pulang buah itu semalam."

-Bapa-

Sebelum ini, media melaporkan satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium yang melibatkan dua orang kanak-kanak di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, amat mendukacitakan apabila salah seorangnya tidak sedarkan diri akibat terhidu kepulan asap daripada kebakaran itu sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen