Bimbang tak sempat bertemu ibu bapa, lelaki nekad berhenti kerja selepas setahun terpisah

Oleh: Zuzu Yasmine

Nekad berhenti kerja dan pulang ke pangkuan keluarga selepas setahun terpisah tentunya satu keputusan yang sukar. Tapi itulah yang dilakukan oleh pemuda ini selepas setahun terpisah dari keluarganya kerana berkerja sebagai juruteknik si sebuah syarikat di Singapura.

Kisah Muhammad Fais Ismail yang menyamar sebagai ‘runner’ telah mendapat perharian netizen selepas video dimuat naik di laman Facebook menjadi tular.

Menerusi rakaman video tersebut, pemuda berusia 26 tahun itu menjadi ‘runner’ dengan menghantar jambangan bunga dengan kad ucapan serta bungkusan berisi aiskrim kepada ibunya, Parida Hanin Zakaria, 52, yang tidak tahu dia adalah pengirimnya kerana memakai topi keledar.

Rakaman tersebut juga memaparkan ibunya yang tidak tahan sebak selepas membaca kad ucapan sebelum Fais yang pada mulanya beredar berpatah balik sebelum memeluk ibu, adik, Nur Fatihah, 24, dan bapanya, Ismail Abd Hamid, 52.

Menurut anak sulung daripada tiga orang adik beradik itu, tiada seorang pun ahli keluarga tahu mengenai perancangannya untuk pulang kecuali bakal tunangnya, Noor Fa Azillah Mohamed Rozali, 26, dan sepupu, Mohd Fiqry Zulkifli, 26.

"Saya ada beritahu emak dan ayah berhubung perancangan untuk pulang tetapi pada Oktober ini dan mereka tidak tahu saya akan kembali lebih awal.

"Saya juga tidak maklumkan yang saya sudah berhenti kerja pada 14 Mei lalu jadi kepulangan pada 30 Mei lalu benar-benar mengejutkan mereka terutama emak.

"Alhamdulillah, kejutan itu menjadi walaupun tidak pernah lakukannya sebelum ini dan saya berikan emak jambangan bunga ros kerana tahu dia sukakannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini.

Bersyukur dapat kembali, Fais mengakui keputusan itu diambil kerana ada antara rakannya yang bekerja di Singapura tidak sempat bertemu dengan ibu bapa mereka terlebih dulu kerana dijemput Ilahi.

"Saya berasa seperti mahu membuat sujud syukur apabila diberi kesempatan bertemu semula dengan keluarga kerana sebelum ini, kami hanya dapat berhubung menerusi WhatsApp dan panggilan video saja.

"Beberapa kali juga saya terfikir untuk berhenti sebelum ini tetapi menangguhkan hasrat itu dan akhirnya nekad berbuat demikian selepas melakukan solat istikharah mohon petunjuk.

"Saya kembali ke Johor Bahru pada hari raya kelima (17 Mei) dan menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu sebelum pulang ke rumah," katanya.

Berkerja di Singapura sejak Oktober 2019, dia tidak sangka video yang dimuat naiknya itu akan tular kerana sekadar berkongsi di FB untuk memberi semangat kepada rakan lain yang masih bekerja di Singapura.

"Terkejut juga apabila menyedari video itu tular tetapi bersyukur kerana ramai memberi komen positif walaupun ada yang menangis selepas menontonnya.

"Ada juga komen negatif diterima tetapi saya tidak ambil peduli kerana lebih ramai yang memberi kata positif.

"Buat masa ini, saya membantu keluarga menjalankan perniagaan kuih dulu sebelum mencari pekerjaan lain lebih sesuai dan ada kemungkinan kembali bekerja di Singapura jika ada peluang selepas pandemik reda nanti," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen