"Sesi persekolahan diteruskan secara PDPR selama 25 hari..." -Radzi Jidin

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan bahawa sesi pembelajaran selepas cuti pertengahan tahun diteruskan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama 25 hari.

Difahamkan, sesi pembelajaran itu bermula dari 13 Jun hingga 15 Julai bagi sekolah kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan serta Terengganu.

Manakala, 14 Jun hingga 16 Julai bagi sekolah kumpulan B iaitu di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menurutnya, perkara tersebut terpakai buat semua sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan juga perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh itu berdasarkan takwim masing-masing, katanya.

Radzi berkata, cuti pertengahan penggal akan berlangsung seperti biasa di mana bermula 16 hingga 24 Julai bagi sekolah kumpulan A manakala 17 hingga 25 Julai untuk kumpulan B.

Sehubungan itu, pihaknya turut mengatakan bahawa perancangan mengenai sesi persekolahan selepas tempoh itu juga akan diumumkan seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen