"Kita boring duduk rumah makan tidur..." - 14 individu termasuk warga emas dicekup bermain mahjong

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara berkumpul bermain mahjong di dalam sebuah rumah, 14 orang individu termasuk warga emas ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Resak Changloon.

Menerusi laman Facebook PDRM Kubang Pasu, ketika serbuan pada 5 petang itu, mereka yang terdiri 10 lelaki dan empat wanita berusia 24 hingga 73 tahun itu sedang asyik bermain judi.

Difahamkan, rumah itu dipercayai menjadi markas perjudian kerana kedudukannya yang terlindung dengan pagar zink dan tembok batu untuk mengaburi pihak berkuasa.

Menurut salah seorang daripada mereka yang ditahan memberi alasan bosan duduk di rumah kerana hanya makan dan tidur tidur berikutan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

"Kita boring duduk rumah makan tidur makan tidur,” membuatkan salah seorang warga emas itu menyertai aktiviti perjudian di rumah rakannya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barang termasuk wang tunai yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama anggota Balai Polis Changlun.

Katanya, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen