Ingat berhenti nak beli makanan, peniaga terkedu disamun dua penunggang motosikal

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular di media sosial kejadian samun yang dipercayai dilakukan dua penunggang motosikal terhadap seorang peniaga wanita.

Curi barang peniaga

Rakaman video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook yang merupakan adik kepada mangsa berkenaan dikenali sebagai AK Seven yang meminta bantuan orang ramai sekiranya mengenali dua penunggang motosikal tersebut.

“Minta bantuan kalau ada sesiapa yang kenal atau cam 2 orang naik motor ni tolong info saya. Budak ni curi barang kakak saya sedang berniaga,” kongsi lelaki berkenaan.

Difahamkan, kejadian samun tersebut berlaku di sekitar IJM Jalan Kebun berhampiran Kota Kemuning Shah Alam.

Menerusi rakaman video yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan barang milik peniaga tersebut telah diambil oleh salah seorang penjenayah ketika peniaga tersebut sedang memusingkan badannya ke arah lain.

Terkejut akan tindakan tersebut, wanita berkenaan tidak sempat melakukan apa-apa sebelum meminta bantuan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Orang susah-susah cari rezeki

Sehubungan itu, rata-rata netizen bersimpati akan nasib peniaga tersebut selain geram dengan tindakan dua penunggan motosikal itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen