Kesan dijangkiti Covid-19, Ashraf Muslim terpaksa tanggung sakit otot kecut

Oleh: Zuzu Yasmine

Terpaksa menanggung kesakitan akibat kesan dijangkiti wabak Covid-19, Pelakon Ashraf Muslim dikatakan mengalami kecederaan 'acromioclavicular joint' di bahu dan sikunya sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, dia reda akan ujian yang diterima selepas sembuh daripada wabak Covid-19 pada tahun lalu.

"Ini semuanya kesan Covid-19. Tapi saya reda sajalah. Saya kena buat rawatan bahu sebab ada masalah 'acromioclavicular joint injury shoulder and elbow'. Sebelum ni kena scapula. Selepas itu kena pula 'acromioclavicular joint'.

"Dr Rahmani tanya pernah cedera atau pun hentakan sebelum ini sehingga sakit waktu itu. Saya jawab tiada sebab sakitnya datang tiba-tiba saja masa kena Covid-19 waktu kuarantin. Dia kata ada dua sebab perkara ini terjadi, pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus. Kesannya otot kawasan tu mengecut.


"Tapi AC joint tu sebagai kesan sampingan saja. Masalah utama adalah otot kecut selepas jangkitan virus menyebabkan sendi jadi lapse," katanya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Ashraf mengatakan bahawa Covid-19 akan memberi kesan pada tubuh badan meskipun sudah bebas dan pulih dari virus berkenaan.

"Jadi memang jelas kena Covid-19 sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah.

"Apa yang saya perasan, memang saya seorang yang aktif bersukan seperti rugbi, hoki, bola keranjang dan kecederaan itu perkara biasa. Tapi apabila sudah tua mungkin ada bahagian dalam tubuh badan kita pernah cedera jadi virus ini senang buat kerja di kawasan itu.


"Tidak mengapa kita reda dengan apa yang Allah berikan ini sebab Allah nak kita ingat pada Dia selalu," katanya.

Sebelum ini, Ashraf menjadi individu kesembilan yang disahkan mendapat jangkitan wabak Covid-19 selepas pulang dari menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac tahun lalu.

Sejak disahkan positif  wabak berkenaan 12 April tahun lalu, Ashraf menjalani tempoh kuarantin selama 25 hari  di Hospital Sungai Buloh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen