"Berlaku kekeliruan kesalahan..." -Polis jelas kompaun pekerja kilang gagal kemaskini MySejahtera dibatalkan

Memang tak dinafikan bahawasanya masih ramai di luar sana yang masih keliru dengan dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih-lebih lagi apabila melihat pihak berkuasa mengutip banyak kompaun sepanjang tempoh PKP ini.

Hal itu seperti yang terjadi kepada 31 orang pekerja syarikat minyak dan gas serta kilang ayam yang dikenakan kompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi My Sejahtera ketika memasuki tempat kerja.

Kompaun pekerja dibatalkan

Bagaimanapun, portal Harian Metro hari ini memaklumkan bahawa polis akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung untuk membatalkan kompaun yang dikeluarkan kepada 29 pekerja berkenaan.

Menurut Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid, tindakan sama juga akan diambil untuk dua pekerja lain di sebuah kilang atas kesalahan sama.

Terdapat kekeliruan kesalahan

Jelasnya, semakan dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku kekeliruan terhadap kesalahan berkenaan.

"Pihak KKM mengesahkan bahawa pemilik aplikasi MySejahtera perlu mengemaskini status kesihatan apabila terdapat gejala, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai hubungan atau menjadi kontak rapat serta disahkan positif Covid-19 saja."

-Ketua Polis Perak-

Tindakan diruju kepada penguatkuasaan peraturan semasa ke semasa

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung iaitu Asisiten Komisioner Nor Omar Sappi pula akan merujuk PKD Manjung untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pembatalan kompaun itu.

Tambah beliau, setiap tindakan yang diambil oleh polis akan dirujuk kembali kepada peraturan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

"Polis Perak ingin menasihatkan orang ramai sentiasa bersabar dan memberi kerjasam penuh kepada semua agensi yang terbabit sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini."

"Polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada orang ramai yang melanggar undang-undang dan SOP yang sedang berkuat kuasa."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen