Meninggal dunia bersama di ruang tamu, isteri positif Covid-19 suami pula sakit kronik

Oleh: Zuzu Yasmine

Sepasangan suami isteri ditemui meninggal dunia bersama di ruang tamu kediaman mereka di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan mayat warga emas berkenaan ditemui oleh anak angkat mereka selepas pergi ke rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, wanita berusia 61 tahun itu disahkan positif Covid-19, manakala suaminya yang berusia 68 tahun pula dipercayai mengalami beberapa komplikasi kesihatan.

Katanya, dia menerima maklumat berkenaan kematian pasangan tersebut kira-kira jam 1 tengah hari.

Beliau turut berkata bahawa mayat pasangan itu ditemui anak angkat mereka yang berusia 19 tahun selepas ke rumah berkenaan untuk melawat ibu bapa angkat kerana panggilan telefon tidak dijawab.

Bagaimanapun, kedua mayat telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk proses bedah siasat dan mendapati kedua-duanya meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

"Si suami dipercayai mempunyai penyakit kronik termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kematiannya berpunca daripada sejarah penyakit yang dihidapinya itu.

"Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas kematiannya.

"Siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Dalam pada itu, jiran mereka yang mahu dikenali sebagai Esah, 40-an mengatakan bahawa dia mengetahui suami isteri berkenaan meninggal dunia selepas diberitahu anak angkat mereka.

"Anak angkat jiran saya nangis teresak-esak menyatakan kedua-dua ibu bapa angkatnya sudah tiada.

"Kali terakhir saya dia bertemu dengan pasangan itu pada minggu lalu dan beberapa hari lalu ada terserempak dengan anak angkatnya itu dan menyapanya serta bertanya khabar ibu bapa angkatnya.

"Mereka pernah beritahu ada sakit kencing manis dan darah tinggi dan hanya jiran perempuan yang sering keluar rumah untuk membeli barang dapur, manakala suaminya hanya di rumah.

"Wanita berkenaan dikenali sebagai Mak Besah memang dikenali ramai kerana pandai berubat dan suaminya dikenali sebagai Pak Bakar.

"Namun sejak minggu lalu memang tidak kelihatan mereka keluar dan saya menjangkakan pasangan itu tidak mahu keluar rumah kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen