Rumah hangus 100%, isteri berkerusi roda maut manakala suami melecur

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular hari ini rakaman video sebuah rumah sedang terbakar hingga mengorbankan seorang wanita warga emas di Kampung Losong Haji Su.

Menerusi laporan Kosmo Online!, kejadian dipercayai berlaku pada 10.35 pagi itu telah mengorbankan Fatimah Mohd, 79, ditemui rentung manakala suaminya, Jusoh Muda, 82, pula cedera parah dengan melecur pada bahagian kaki dan badan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md. Hilman Ab. Rashid, pihaknya dengan kekuatan 35 anggota dan empat jentera telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut pada pukul 10.39 pagi.

“Sewaktu tiba, rumah mangsa yang diperbuat daripada kayu telah musnah terbakar hampir 80 peratus.

“Suami mangsa, Jusoh yang melecur diselamatkan penduduk sewaktu mahu menyelamatkan diri di bahagian tangga rumah,” katanya.

Katanya, mangsa, Fatimah yang mengalami kepayahan berjalan kerana uzur telah terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang marak terbakar.

Tambahnya, mayat ibu kepada kepada 11 orang anak ditemui tertiarap dalam keadaan rentung di bawah rumah pada 12.22 tengah hari.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam. Rumah itu hangus 100 peratus manakala dua rumah di sebelahnya pula 50 peratus,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen