Tak makan sejak pagi, ibu tunggal terpaksa jual telefon untuk beri anak-anak makan

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi mengawal penularan Covid-19 yang agak membimbangkan.

Ada yang hilang punca pendapatan ada juga yang terpaksa mengorbankan barang kesayangan demi meneruskan kehidupan sehari-hari.

Nak jual telefon sara hidup

Seperti kisah sebuah keluarga ini yang kehilangan punca pendapatan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shahril.

Menerusi video yang dimuat naik, memaparkan dimana lelaki berkenaan disapa oleh seorang wanita yang menaiki motosikal ketika sedang berehat.

Menurut Shahril, wanita berkenaan menawarkan untuk menjual telefon bimbit bagi membeli makanan dan minuman untuk anak-anaknya.

Tak makan sejak pagi

Lebih sedih lagi apabila ibu tunggal kepada 4 empat orang anak itu memberitahu bahawa dia dan anak-anaknya masih belum makan sejak pagi lagi.

Malah wanita tersebut turut berkongsi cerita bahawa dia mencari rezeki dengan cara mengambil upah mencuci rumah pelanggan namun sejak PKP ini, punca pendapatannya terjejas.

Bersimpati akan nasib ibu tunggal itu, Shahril menghulurkan sedikit bantuan selain akan menghantar bantuan susulan ke rumah wanita berkenaan.

Bantulah saudara kami Ya Allah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati akan nasib wanita itu selain turut mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen