"Kami sedih tidak dapat cium jenazah buat kali terakhir.." - 5 beradik reda pemergian ibu ayah akibat Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

"Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang,” itulah kata-kata anak sulung kepada pasangan suami isteri yang menjadi korban Covid-19.

Pesan terakhir ibu

Meskipun reda akan pemergiaran ibu bapa tercinta, Muhammad Haidir tidak menyangka pesanan menerusi video call adalah amanat terakhir ibunya sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat positif Covid-19.

Menurut anak sulung dari lima beradik itu, ibunya berpesan untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik beradiknya dan perkara itu masih terngiang-ngiang dalam ingatannya.

Mengakui itu satu ujian yang berat apabila, ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lepas, manakala ibunya Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).

Tak dapat cium jenazah

Lebih menyedihkan bagi mereka adik beradik apabila tidak dapat mencium jenazah ibu dan bapanya tersayang buat kali terakhir.

"Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka," katanya.

Dia yang berusia 23 tahun bersama-sama empat adiknya iaitu Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.

Tak tahu jangkit dari siapa

Mengimbau kembali keadaan bapanya sebelum disahkan positif Covid-19, Haidir berkata bahawa bapanya hanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lepas dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei dan disahkan positif keesokan harinya lalu dihantar ke Hospital Tampin.


Namun tidak menyangka mereka sekeluarga menerima khabar duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada 2.30 pagi keesokan harinya.

"Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital. Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.

"Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat dari siapa?" katanya.

Manakala arwah ibunya pula melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif Covid-19, pada keesokan harinya.

Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simpton yang teruk dan kini sembuh daripada jangkitan itu.

Dalam pada itu Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan kerajaan selain menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen