"Kejadian seperti dirancang..." - Empat sekeluarga maut dilanggar Islamofobia ketika melintas jalan

Satu kemalangan tragis telah berlaku di ibu kota Kanada yang melibatkan sebuah keluarga yang berasal daripada Pakistan yang dikatakan sudah 14 tahun berhijrah ke negara tersebut.

4 sekeluarga maut dilanggar individu Islamofobia

Susulan insiden itu, seramai 4 orang ahli keluarga terbunuh selepas dilanggar individu yang dikatakan seorang Islamofobia di Ontario, Kanada ketika mereka mahu melintas jalan sementara seorang budak lelaki berusia 9 tahun terselamat dan kini sedang menerima rawatan akibat mengalami kecederaan yang parah.

Menurut sumber, suspek bernama Nathaniel Veltman berusia 20 tahun berjaya ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasata dan dia dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, dan tidak dikenali sebagai anggota kebencian.

"Terdapat bukti bahawa ini adalah tindakan yang dirancang serta didorong oleh kebencian."

"Mangsa dipercayai menjadi sasaran kerana beragama Islam."

-Detektif-

Perdana Menteri zahir rasa dukacita

Mengulas lanjut isu tersebut, Perdana Menteri London iaitu Ed Holder menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan menurutnya serangan itu adalah yang terburuk terhadap umat Islam Kanada sejak seorang lelaki menembak enam anggota masjid Kota Quebec pada tahun 2017.

"Kami bersedih apabila tiga generasi daripada ahli keluarga terbabit meninggal dunia."

"Ini adalah tindakan pembunuhan massal, yang dilakukan terhadap umat Islam, terhadap warga London dan kebencian yang tidak dapat diungkapkan."

-Ed Holder-

Di samping itu, Perdana Menteri Kanada iaitu Justin Trudeau menerusi satu hantaran di Twitter memaklumkan bahawa beliau akui ngeri dengan berita tersebut dan tambahnya lagi kebencian ini adalah berbahaya dan hina.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen