Lepas kapal perang, TLDM kesan kemasukan kapal pengawal pantai China di perairan negara

Sebelum ini media melaporkan bahawa Tentera Udara Malaysia (TUDM) berjaya mengesan pesawat milik tentera udara China yang dipercayai menceroboh ruang negara ini.

Kapal China di perairan negara

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu sebuah kapal Pengawal Pantai China pula dilaporkan telah menceroboh perairan Malaysia di luar Miri.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri iaitu Kapten Md Fauzi Othman berkata agensi menerima laporan mengenai kehadiran kapal China berhampiran Beting Patinggi Ali pada 4 Jun.

Jelasnya, Beting Patinggi Ali juga dikenali sebagai Luconia Shoals yang terletak kira-kira 84 batu nautika (155km) dari pantai Miri.

Susulan itu, kini APMM dan Tentera Laut Diraja sedang mengawasi keadaan dengan teliti bagi memantau kawasan itu dan menjaga kedaulatan negara.

"Aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia  mengawasi keadaan dengan teliti."

-Md Fauzi-

Untuk maklumkan, pada 3 Jun Wisma Putra memanggil Duta Besar China ke Malaysia dan menyerahkan nota bantahan Malaysia sebagai maklum balas kepada insiden yang melibatkan penerbangan oleh pesawat tentera China di ruang udara Malaysia di luar pantai Sarawak.

TUDM mengatakan 16 pesawat itu dikesan terbang dalam formasi taktikal berhampiran Luconia Shoals.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen