Didakwa langgar SOP, KKMM siasat program realiti TV dihadiri 50 juri

Sebuah program realiti, telah menjadi bualan netizen kerana didakwa tidak mematuhi peraturan SOP. Program terbitan Astro itu disifatkan melanggar SOP kerana tetamu jemputan seramai 50 orang tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial.

MKN arah siasatan dilakukan

Memetik portal Berita Harian, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas sebuah rancangan hiburan terbitan syarikat penyiaran swasta berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Menurut Ketua Pengarah iaitu Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

"Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKMM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program."

"KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit."

-Mohd Rabin-

Didapati langgar SOP

Ulas lanjut isu tersebut, rakaman musim pertama rancangan hiburan berkenaan menampilkan sebanyak 50 juri yang dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman dibuat dan difahamkan rakaman program tersebut dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebelum ini.

Jelasnya, walaupun rakaman terbabit sudah selesai, namun tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika berlaku sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen