"Artis serba boleh..." -Bakat terpendam Daiyan Trisha baca berita jadi perhatian walau SPM 10G?

Nama Daiyan Trisha semakin naik dan menjadi bualan sejak membintangi watak Aida dalam drama Projek Anchor SPM baru-baru ini.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, nyata dia juga mempunyai kelebihan dalam bidang nyanyian dan terbaharu cubaan dia membaca berita juga telah mencuri perhatian rata-rata netizen terutamanya para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.

 

Kongsi video baca berita buat netizen kagum

Menerusi satu hantaran di Twitter, video berdurasi 45 saat itu menyaksikan rakaman beliau sedang membaca berita yang terlihat lancar dan mengagumkan.

Pelbagai reaksi netizen membanjiri ruangan komen susulan melihat perkongsian video tersebut yang kebanyakannya melabelkan Daiyan sebagai seorang selebriti serba boleh dalam pelbagai bidang seni.

'Dapat 10G pun boleh baca berita'

 

'Kalau dia baca berita, hari-hari tengok'

 

'Dia memang serba boleh'

Untuk makluman, Daiyan Trisha merupakan watak utama di dalam sebuah drama bersiri yang diterbitkan oleh Astro yang bertajuk Projek Ancor SPM yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Nadir Hanif, Adlin Aman Ramlie dan beberapa pelakon hebat lain.

Bagi yang mengikuti drama tersebut pasti tahu 10G yang dimaksudkan oleh netizen, cuma mereka terbawa-bawa dengan watak dan jalan cerita di dalam drama tersebut kerana secara realitinya pencapaian akademik Daiyan bukanlah 10G seperti yang diperkatakan mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen