Kes harian Covid-19 berlaku penurunan, DS Adham Baba lihat PKP 3.0 beri kesan positif

Berikutan peningkatan kes harian Covid-19 di Malaysia berturut-turut di penghujung Mei, kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di semua negeri sebagai langkah atau usaha bagi mengekang penularan kebolehjangkitan virus tersebut.

Tidak hanya dengan itu, keputusan tersebut juga dibuat apabila melihat keadaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tidak dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 setiap hari sehingga sistem kesihatan dijangka bakal menghadapi saat genting.

 

PKP 3.0 mula tunjuk hasil

Susulan PKP menyeluruh tersebut, Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa situasi itu dilihat pada penurunan kadar kebolehjangkitan (R-naught) kepada 0.96 kes baharu sejak beberapa hari lalu.

"Kita merekodkan penurunan jumlah kes harian yang meyakinkan dan ini membuktikan PKP mendatangkan hasil."

"Bagaimanapun, kita masih merekodkan kes harian yang tinggi di seluruh negara dan kita mohon rakyat terus patuh dengan SOP yang ditetapkan."

-Adham Baba-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen